Saturday, June 11, 2011

Pembakaran Terbuka

Pembakaran Terbuka

Pengenalan:

Pembakaran terbuka boleh didefinisikan sebagai sebarang kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan tidak dihalakan melalui cerobong atau serombong kecuali aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri


Isi:


Aktiviti pembakaran yang dilarang sama sekali:

- di atas tanah gambut
- kawasan 30km jejari di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kecuali lima aktiviti berikut :
i) pembakaran tanaman berpenyakit
ii) pembakaran untuk aktiviti keagamaan/penyembahan
iii) pembakaran mayat
iv) gril, barbeku (bukan di atas tanah gambut)
v) 'flaring'

Pembakaran terbuka tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974


- Seksyen 29A
i) Tidak seorang boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis

- Seksyen 29B
i) Pemunya atau penduduk di mana premis itu disifatkan sebagai melanggar Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Membantu Mencegah Kebakaran Terbuka

- Sampah sarap organik (seperti makanan) ditanam dan direputkan untuk dijadikan baja;
- Pastikan api dipadamkan sebelum membuang puntung rokok;
- Sisa-sisa pertanian, cantasan pokok, ranting-ranting di ladang dan di kebun direputkan sebagai baja;
- Reja-reja kayu di tapak pembinaan dijual atau di guna semula;
- Amalkan kitar semula;
- Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada berlaku pembakaran terbuka

Kesan-kesan Pembakaran Terbuka

- Kemusnahan hutan dan kepelbagaian biologi
- Gangguan aktiviti harian dan ekonomi
- Kemusnahan harta benda
- Gangguan kesihatan (lelah, bronchitis, alahan, radang paru-paru, sakit mata dan kulit) terutamanya kepada bayi, kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah.
- Kemerosotan industri pelancongan yang memberi kesan kepada ekonomi dan pertukaran wang asing.
- Keadaan persekitaran berjerebu.
- Jarak penglihatan yang berkurangan

No comments:

Post a Comment