Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“ Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Misi KPM
Membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia .
Matlamat
a.
Melahirkan
bangsa Malaysia
yang taat setia dan bersatu padu.
b.
Melahirkan
insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Prinsip Etika Kerja
a.
Niat
yang betul.
b.
Perlakuan
yang baik.
c.
Penggerak
ke arah kebaikan.
d.
Memperkotakan
apa-apa yang dikatakan.
e.
Berdisiplin
dan beradab.
Nilai-Nilai Utama dalam Etika Kerja
a.
Amanah
b.
Benar
c.
Bijaksana
d.
Bersyukur
e.
Dedikasi
f.
Ikhlas
g.
Penyayang
Piagam Pelanggan
Kami warga
Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
v menyediakan sistem
pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu,
masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara;
v menentukan keluaran
sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri
yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
v memberi peluang yang
sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan
keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya;
v mewujudkan jentera
dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan
berteraskan pembaharuan yang berterusan;
v menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;
v menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin,
bertanggungjawab dan produktif;
v menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan
mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan amalan perkhidmatan
penyayang;
v memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak
dan keperluan-keperluan pelanggan – murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan;
dan
v meningkatkan
kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang
terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.
Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan
(2006-2010)
Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Teras 2 : Membangunkan Modal Insan
Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Teras Perkhidmatan Awam
Berazam meninggikan
mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh
tanggungjawab
Berusaha mengikis
sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan
penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah
memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh pada ajaran agama
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Kami pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar
mempertahankan dan memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan
membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui
tindakan-tindakan yang berikut:
Pertama : Berusaha dan mengamalkan
nilai-nilai membenci rasuah;
Kedua : Menutup semua ruang
dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga : Bertindak tegas
terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
Keempat : Bekerjasama sepenuhnya
dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
Kelima : Bertindak tegas
terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod
etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama
dalam melaksanakan tugas.
Tonggak Dua Belas
1.
Pengaruh
teladan
2.
Kewajipan
menjalankan tugas
3.
Keutamaan
kesabaran
4.
Peningkatan
bakat
5.
Ketekunan
membawa kejayaan
6.
Kebijaksanaan
berhemat
7.
Menghargai
masa
8.
Kemuliaan
kesederhanaan
9.
Keseronokan
bekerja
10.
Ketinggian
peribadi
11.
Nikmat
mencipta
12.
Kekuatan
sifat baik hati
No comments:
Post a Comment