Monday, April 23, 2012

Forum


Kebaikan dan keburukan internet

Pengerusi:  Salam sejahtera membuka kata, Bagi memulakan bicara kita, Salam sejahtera madah bermula, Kepada hadirin pendengar bicara.  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.  Topik perbincangan kita pada pagi  ini ialah “Kebaikan dan keburukan internet”.  Apakah kegunaan internet? Apakah kebaikan dan keburukan internet terhadap masyarakat sekarang?  Adakah internet membantu memajukan negara kita?  Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan, tiga orang ahli panel yang telah diundang iaitu Saudari Marylyn, Kinnu, Saudari Dollina Cheboon dan Saudari Ooi Li Xi. Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang internet, amat sesuai sekali jika Saudari Dollina memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah Saudari Dollina, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?

Dollina:  Pada pendapat saya, internet bermaksud jaringan maya yang bersifat globalisasi, maka kebaikan bermaksud perbuatan yang baik manakala keburukan bermaksud kepincangan.  Internet merupakan teknologi maklumat dan komunikasi yang paling popular dewasa ini.  Kempen kerajaan “satu rumah, satu komputer’ adalah sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.  Keistimewaan komputer yang dinamik dan sofistikated itu banyak menjimatkan masa dan tenaga manusia dalam melakukan sesuatu yang lebih bersistem, berkesan dan sempurna. Internet bukan sahaja dapat membawa kebaikan maka ia juga akan membawa keburukan jika disalahgunakan.  

Pengerusi: Terima kasih Saudari Dollina.  Seperti kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Ingatlah, bangsa atau masyarakat yang tidak menguasai ilmu dan kecekapan yang penting bagi kehidupannya pada suatu zaman akan dijajah orang.”.  Kata-kata ini telah menunjukkan betapa pentingnya ilmu supaya bangsa terus maju dan tidak dijajah baik dalam bentuk ketenteraman, mahupun ekonomi, penguasaan dalam bidang ilmu, terutamanya sains dan teknologi.  Saudari Ooi, pada pendapat anda, bagaimanakah internet memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat kita?

Ooi:  Terima kasih Tuan Pengerusi.  Pada pendapat saya, internet dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu.  Internet merupakan saluran komunikasi yang terbesar di dunia dan rangkaian induk ini menggabungkan ratusan sibu sistem komputer yang lain.  Sebelum ini, kita bergantung kepada paparan media massa seperti akhbar dan televisyen yang tertentunya mengambil masa yang lama. Dengan hanya menekan papan kekunci komputer sahaja, segala maklumat baik mengenai sains dan teknologi, kesihatan, geografi, politik, kemasyarakatan, bahkan apa sahaja dapat diketahui dengan mudah.  Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja, dalam jarak ribuan kilometer dapat diketahui dengan cepat.

Pengerusi:  Terima kasih, Saudari Ooi.  Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak laman web dicipta untuk kegunaan pelajar untuk membuat rujukan.  Pada pendapat Saudari Marylyn, bagaimanakah internet  memanfaatkan pelajar dalam pembelajaran mereka?  Adakah ini berguna kepada pelajar pada zaman sekarang?  Bagaimanakah bagi seorang pelajar yang tidak mempunyai  komputer menggunakan internet? 

Marylyn:  Terima kasih Tuan Pengerusi.  Internet juga dapat membantu pelajar membuat rujukan dengan cara yang mudah dan murah.  Bagi seorang pelajar yang ingin mencari maklumat tentang sesuatu peristiwa, dia tidak perlu merujuk timbunan buku yang tentunya mengambil masa yang lama.  Hal ini menjadikan para pelajar tidak lagi “seperti katak di bawah tempurung”  dengan hal demikian, jika semua rakyat memanfaatkan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam di internet, hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 akan menjadi kenyataan.  Jika pelajar tidak mempunyai komputer, mereka boleh pergi ke Kafe Ciber.  Pusat-pusat kafe siber telah memudahkan orang ramai menggunakan internet dengan mudah. 



Dollina:  Tuan Pengerusi, bolehkah saya mencelah sedikit tentang pendapat Saudari Marylyn?

Pengerusi:  Boleh.  Silakan Saudari Dollina.

Dollina:  Terima Kasih, Tuan Pengerusi.  Pada zaman sekarang, bagi memenuhi kehendak pelajar, pelbagai jenis laman web telah menyediakan maklumat yang berharga.  Contohnya one-school net yang telah menyediakan nota-nota yang ringkas supaya membolehkan lebih senang memahami dan memperolehi  nota-nota dengan mudah.  Selain itu, www.andrewchoo.com menyediakan tip-tip peperiksaan kepada pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan awam.  Laman web ini juga menyediakan latihan-latihan berformat untuk pengguna supaya mereka dapat menjimatkan duit untuk membeli buku latihan.  Mereka juga dapat mengetahui isu semasa dari Berita Harian online.  Mereka tidak perlu membeli surat khabar tersebut juga dapat mengetahui berita-berita dan isu-isu pada hari tersebut.  Oleh itu, internet amat berguna bagi pelajar dalam pelajaran mereka.

Pengerusi:  Ya, saya amat bersetuju terhadap pendapat Saudari Dollina.  Tamabahan pula, Setiap pelajar dapat menggunakan interenet dengan senang walaupun tidak mempunyai komputer.  Mereka boleh pergi ke Kafe Siber.  Menurut Saudari Dollina dan Saudari Marylyn tadi, internet dapat membantu pelajar dalam pelajaran mereka.  Bagaimanakah pula dengan pretasi pelajaran pelajar yang sering menghabiskan masa di dunia internet dan Siber Kafe.  Jawabnya ialah merosot.  Bagaimana internet ini menyebabkan pretasi pelajar merosot?

Ooi: Pelajar-pelajar sekolah yang menghabiskan masa mereka untuk melayari internet tidak mempunyai masa untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah apatah lagi untuk mengulang kaji pelajaran di rumah.  Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, perkara pertama yang mereka dilakukan ialah menghiduokan suis komputer dan menghabiskan masa mereka di situ sehinggalah ibu bapa mereka pulang dari kerja.  Apabila ditanya oleh ibu bapa sama ada mereka telah menyiapkan kerja sekolah dan membuat ulang kaji, mereka akan menipu ibu bapa mereka dengan mengatakan bahawa mereka telah membuat demikian.  Dengan penipuan yang berterusan inilah menyebabkan pretasi pelajaran mereka merosot. 

Pengerusi:  Terima kasih, Saudari Ooi.  Kita telah mendengar pendapat Saudari Ooi tentang faedah internet terhadap pelajar.  Selain itu, internet juga mempunyai kegunaan emel yang boleh berkomunikasi dengan orang tempat lain mahupun di luar negara.  Saudari Marylyn, apakah pendapat saudari tentang ini?

Marylyn:  Terima kasih, Tuan Pengerusi.  E-mel merupakan mel elektronik yang boleh menyampaikan mesej kita melalui internet kepada individu yang berjauhan.  Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan dari seluruh dunia.  Mereka boleh mempersoalkan soalan yang tidak faham dan rakan-rakan yang pandai akan menjawab soalan tersebut.  Ini bukan sahaja mengeratkan hubungan rakyat dengan rakyat di luar negara, maka mereka juga dapat mengenali ramai rakan di samping mempelajari ilmu pengetahuan.  Laman web seperti Facebook dan Friendster merupakan laman web yang popular di kalangan pelajar.  Mereka dapat mencipta laman web sendiri dengan menggunakan kreativiti mereka senridi untuk menarik perhatian pengguna yang lain.  Ini merupakan salah satu cara komunikasi yang cepat dan menjimatkan. 





Pengerusi:  Terima kasih, Saudari.  Emel memang memudahkan pelajar di negara kita berkomunikasi dengan pelajar negara lain.  Ini bukan sahaja dapat mengeratkan perhubungan antara remaja, maka juga dapat mengeratkan perhubungan negara kita dengan negara lain.  Ini dapat mengelakkan berlakunya peperangan.  Namun begitu, adakah semua pelajar berbuat demikian semasa menggunakan emel ini?  Apakah keburukan emel ini terhadap pelajar?  Bagaimana negara kita menangani penyalahgunaan internet ini? Dengan ini, saya mempersilakan Saudari untuk menjawab persoalan ini. 


Ooi:  Sebenarnya, pelajar zaman sekarang hanya berbual kosong tanpa tujuan yang bermanfaa antara satu sama lain.  Mereka tidak menggunakan perkhidmatan internet untuk mendapatkan maklumat yang berguna.  Hal ini bermakna bahawa perkhidmatan internet kurang berkesan untuk mendapat maklumat menerusi emel.  Oleh sebab perbualan melalui emel banyak membuang masa, pakar-pakar komputer tempatan seperti yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian yang bertatikh 30 Mac 2009 telah menyokong supaya sekatan diadakan untuk menghalang pengguna internet di negara ini daripada melayari saluran perbualan. 

Pengerusi :  Terima kasih, Saudari Ooi.  Beralih pula kita kepada Saudari Dollina.  Sedaswara ini, Internet seringkali dikatakan dapat mengelakkan masyarakat terutamanya remaja melakukan kegiatan yang negatif.  Menurut seorang si ayah, dia berpendapat jika anak mereka tinggal di rumah, mereka tidak akan mudah bergaul dengan orang lain.  Justeru, anaknya tidak mudah melibatkan diri dalam gejala sosial.  Apakah pendapat saudari?

Dollina:  Terima kasih, Tuan pengerusi. Pada pendapat saya, internet dapat digunakan untuk mengisi masa lapang.  Dalam internet, terdapat laman web yang boleh menonton, mendengar lagu dan permainan yang berfaedah dan menguji minda.  Ini dapatlah mengelakkan masyarakat kita melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.  Mengisi masa lapang dengan internet bukan sahaja tidak membosankan maka juga dapat mencerdaskan otak kita.  Laman web seperti miniclip telah menyediakan pelbagai jenis permainan yang perlu menggunakan minda untuk bermain.  Ini akan membolehkan remaja menggunakan kecerdasan mereka sendiri untuk menyelesaikan halangan-halangan dalam permainan tersebut.  Ini juga boleh membantu mereka dalam pelajaran kerana mempunyai sikap yang bersungguh-sungguh dan berani menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. 


Pengerusi:  Terima kasih atas pendapat Saudari Marylyn tadi.  Seperti saudari-saudari yang tahu, Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan banyak tempat awam perlu menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.  Malahan dalam internet, penggunaan bahasa Inggeris banyak digunakan supaya dapat dilihat dan difahami oleh penduduk seluruh dunia.  Pada pendapat Saudari Ooi, adakah ini berguna terhadap masyarakat kita di sini?  Apakah kebaikannya jika kita mempelajari bahasa Inggeris ini dengan baik.  Adakah ini mebantu kita apabila kita menjejak ke alam bekerja nanti? 

Ooi:  Terima kasih Tuan Pengerusi.  Internet memang dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.     Jika kita fasih dalam bahasa Inggeris, kita dapat bertapak ke tempat orang lain dengan mudah.  Sebahagian besar laman web menggunakan bahasa Inggeris.  Jika mereka memerlukan maklumat tersebut, mereka akan berusaha untuk memahaminya.  Mereka akan menyedari bahawa bahasa Inggeris amat penting dan akan berusaha mempelajarinya supaya dapat memahami maklumat yang dicari dalam laman web.  Mata pelajaran Sains dan Matematik adalah dalam bahasa Inggeris.  Jika kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, maka kita akan lebih faham tentang kedua-dua mata pelajaran tersebut.  Ini juga apat merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan rakyat yang boleh berbahasa Inggeris.  Oleh itu, jika kita berada di alam bekerja nanti, kita tidak akan takut bergaul dengan orang lain terutamanya orang yang dari luar negara.  Ini juga akan membantu kita melancong ke luar negara.   



Pengerusi:  Terima kasih, Saudari Ooi atas mukadimah saudari sebentar tadi.  Sesetengah negara dapat memperceparkan proses kemajuan dengan bantuan internet.  Jika negara-negara maju boleh memanfaatkan penggunaan internet, mengapa tidak Malaysia menjejaki langkah mereka dengan menggunakan eokonomi dalam menjana ekonomi negara?  Apakah kebaikan internet dalam dunia ekonomi dan perdagangan?  Bagaimana internet membantu ahli perniagaan menguruskan perniagaan mereka.  Silakan pula saudari Dollina bagi menjawab soalan ini. 

Dollina:  Terima kasih, Tuan Pengerusi.  Sebenarnya, dalam era kemodenan ini, negara kita telah banyak menggunakan internet dalam bidang perniagaan.  Bagi ahli perniagaan, internet boleh membantu memperkembangkan perniagaan.  Pengusaha boleh mengiklankan perkhidmatan atau barangan dalam ruang siber melalui perkhidmatan yang disediakan.  Sebagai contoh, RTM-net telah dilanggani 90 ribu orang pelanggan manakala Utusan Malaysia online telah memikat setengah perbankan, urus niaga, saham, penerbitan dan pengiklanan telah dijalankan menerusi internet.  Bagi ahli perniagaan tempatan yang menjalankan perniagaan antarabangsa, sebelum ini urus niaga dijalankan melalui surat-menyurat, telefon dan fax.  Namun begitu, kini dengan adanya internet, perniagaan dapat dijalankan lebih cepat dan berkesan.

 
Pengerusi:  Terima kasih, Saudari Dollina.  Saudari Marylyn, sebentar tadi saudari Ooi telah menyatakan kegunaan internet di kalangan pelajar.  Pada pendapat saudari bagaimana internet digunakan di dalam dunia pendidikan. 

Marylyn:  Yang saya muliakan Tuan Pengerusi.  Internet amat penting dalam dunia pendidikan.  Terdapat banyak universiti telah menlancarkan pendidikan jarak jauh melalu internet seperti yang dilakukan oleh Universiti Terbuka Malaysia dijalankan dengan mudah.  Pelajar dapat memilih kursus yang minati tanpa pergi ke universiti, hanya duduk di rumah sahaja.  Dengan menggunakan CD-Rom, pembelajaran dapat dijalankan mengikut masa kesesuaian sendiri. 

Ooi:  Minta maaf pengerusi, izinkan saya menambah sedikit penerangan daripada Saudari Dollina tadi.  Pelajar boleh menghubungi pensyarah melalui emel.  Ini bukan sahaja dapat menimpa ilmu dengan mudah maka juga dapat menjimat masa kita.  Bayangkalah, betapa banyaknya masa terbuang jika mengikut sistem lama yakini masa dibunag untuk ke bilik pensyarah.  Kadang-kadang, kita juga terpaksa menunggu di lua bilik pesyarah tersebut.  Ini amat membuang masa kita. 

Pengerusi:  Ya, saya bersetuju dengan pendapat saudari.  Bagi pelajar, masa itu adalah emas dan setiap detik amat berharga.  Selain dalam pendidikan, adakah internet membawa kebaikan terhadap sesebuah keluarga?  Bagaimanakah internet boleh membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan?  Dengan ini, saya meminta saudari Marylyn menjawab persoalan tersebut. 

Marylyn:  Terima kasih Tuan Pengerusi.  Teknologi internet juga mendekatkan jarak perhubungan dan hubungan silaturahim sesama keluarga yang tersayang.  Melalui saluran maya ini, kita dapat bertanya khabar dan bertukar-tukar pendapat.  Ahli keluarga yang tinggal berjauhan pula dapat berkomunikasi dengan keluarga untuk melepaskan perasaan rindu.  Hal ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan lagi.  Sikp saling mengambil berat antara ibu bapa dengan anak-anak  dalam dapat menghindari anak-anak terjebak dalam gelaja sosial serta menggalakkan anak-anak meconteng arang ke muka keluarga. 
Pengerusi:  Jika internet digunakan dengan baik, maka ia dapat membawa banyak kebaikan.  Namun begitu, ramai orang telah menyalahgunakan internet ini.  Internet mampu untuk menyebabkan institusi keluarga terjejas.  Beberapa kes telah berlaku seperti seorang si anak yang selalu menonton video yang ganas, jika dia marah, dia mampu melepaskan geramnya kepada ahli keluarganya seperti mana yang dia tonton dari internet.  Ini disebabkan dia telah dipengaruhi oleh video tersebut.  Apakah pendapat Saudari terhadap isu ini?

Dollina:   Internet mampu untuk menyebabkan institusi keluarga terjejas.  Seseroang yang terlalu asyik menggunakan internet akan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.  Seorang ibu atau bapa yang terlalu asyik menghabiskan masa untuk melayari internet akan menyebabkan ahli-ahli keluarga mereka berasa terpinggir dan terasing.  Oleh sebab terlalu memberikan tumpuan kepada internet, bapat tidak  mempunyai masa untuk membawa keluarga bersiar-siar.  Isteri atau ibu yang terlalu asyik melayari internet pula mengakibatkan urusan rumah tangga akan terabai dan unsur-unsur negatif ini akan menimbulkan kemarahan suami atau anak-anak.  Perbuatan yang memperlihatkan unsur-unsur negatif ini jelas dapat meruntuhkan institusi keluarga. 

Ooi:  Minta maaf pengerusi, izinkan saya mencelah sedikit tentang pendapat Saudari Dollina.  Bukan sahaja ibu bapa, anak-anak remaja juga akan meruntuhkan institusi keluarga.  Mereka yang asyik menggunakan internet seakan-akan tidak peduli apa yang berlaku di dunia luar.  Bagi remaja yang masih menuntut akan berkurung di dalam bilik sehingga lupa akan pelajaran dan lupa untuk membantu ibu bapa.  Ibu bapa mungkin melarang tetapi si anak yang langkahanya panjang, akan pergi ke kafe siber.  Keadaan lebih parah sekiranya ayah, ibu dan anak-anak masing-masing berinternet, hubungan kekeluargaan boleh longgar.

Pengerusi:  Ya, memang betul kata-kata saudari Dollina dan Saudari Ooi.  Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan internet dengan baik, bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya.  Seterusnya, didapati bahawa internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer.  Bagaimana jenayah komputer ini berlaku?  Bagaimana mereka dapat melakukan jenayah komputer ini?  Apakah kesan yang dihadapi oleh mangsa.  Dengan ini, saya mempersilakan Saudari Marylyn menjawab persoalan tersebut. 

Marylyn:  Terima kasih Tuan pengerusi.  Orang yang mahir dalam bidang komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman web di internet.  Mereka mahir untuk memecahkan sistem maklumat rahsia kepunyaan sesebuah syarikat dan maklumat tersebut akan dijual kepada pesaing syarikat tersebut.  Malah mereka boleh nerosakkan atau menukar data yang terdapat di dalam komputer.   Ini akan menyebabkan syarikat tersebut mungkin mengalami kerugian yang besar.

Dollina:  Minta maaf tuan pengerusi, izinkan saya menambah sedikit.  Terdapat juga individu yang menggunakan interenet menjalankan perniagaan skim cepat kaya.  Mereka akan mempelawa pengunjung laman web mereka agar menyertai skim yang ditawarkan dengan membayar yuran penyertaan.  Atas nama perniagaan, orang ramain mudah terpengaruh da daripada lporan polis, puluhan juta ringgit wang orang ramai telah dilarikan.  Perbuatan ini merupakan jenayah akibat penyalahgunaan internet. 

Pengerusi:  Sesungguhnya internet memberi kesan yang pelbagai warna yakni hitam dan putih.  Mereka yang bijak sahaja tahu membezakan kedua-dua warna itu, lalu memilih warna putih.  Walau apa juga alasannya, kita wajar menerim kemajuan teknologi maklumat ini sebagai satu cara mempercepat pembangunan negara.  Sejajar dengan harapan Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020, tiada sebab kita menolak teknologi ini.  Oleh itu, kita haruslah menggunakan teknologi yang ada ini dengan baik.  Sekian sahaja perbincangan kita pada hari ini.  Semoga kita semua mendapat manfaat daripada diskusi hari ini.  Sekian, terima kasih.  

No comments:

Post a Comment