Setiap
rakyat Malaysia bebas menyurakan idea atau pandangan melalui media massa. Pemberita juga diberi kebebasan untuk
menyamapaikan maklumat melalui media massa dengan syarat maklumat itu benar
dari segi fakta dan tidak menyelewengkan untuk kepentingan individu atau
kumpulan tertentu.
Media massa
merupakan saluran komunikasi yang menghubungkan masyarakat dengan isu semasa di
dalam dan luar negara. Rakyat boleh
menggunakan media massa sebagai medan meluahkan perasaan atau memberi pandangan
tentang sesuatu isu. Media massa juga
berperanan sebagai penyebar percambahan idea tentang sesuatu konsep baru kepada
semua orang. Selain itu, dengan adanya
maklumat yang diperoleh daripada media, maka rakyat boleh membuat suatu
penilaian yang objektif tentang masalah masyarakat. Mereka berpeluang membaca atau mendengar
hujah daripada pelbagai pihak sebelum membuat sesuatu keputusan yang
terbaik.
Oleh sebab
media massa penting sebagai penyumbang maklumat, maka kita sebagai rakyat yang
bertanggungjawab wajar menggunakan sebaik mungkin. Contoh
surat yang pertama merupakan pandangan seorang rakyat yang menyokong
idea kerajaan dan juga member pendapat yang positif. Melalui surat ini, kita dapat mengetahui
bahawa kit bebas memberi pandangan tentang sesuatu isu asalkan tidak menyentuh
isu-isu sensitif masyarakat majmuk negara ini.
Bagi surat yang kedua, surat ini merupakan luahan rasa seseroang individu yang mengucapkan terima kasih melalui media
massa. Dua contoh telah menjelaskan media
massa digunakan untuk tujuan baik iaitu mengetengahkan masalah rakyat supaya
mereka dapat dibantu ileh orang lain.
Ini merupakan satu peranan media massa yang positif.
Banyak lagi
peranan yang dimainkan oleh media massa.
Melalui televisyen atau radio, isu-isu semasa dapat dibincangkan oleh
orang ramai melalui wawancara. Apabila
diberi peluang untuk menyuarakan pendapat, kita mestilah memberikan pendapat
yang positif dan membina. Dalam
kecanggihan teknologi pada zaman ini, internet telah membuka ruang kepada
mereka yang tidak bertanggingjawab untuk menyebar fitnah. Kita tidak boleh menyalahgunakan int ernet
sebagai medan yang penilaian menimbulkan propaganda. Kita perlulah membuat secara objektif dan
menangkis perkara yang tidak baik.
Sekiranya
media massa disalahgunakan, maka rakyat akan mendapat maklumat yang tidak
tepat. Jika perkara in berterusan, akan
wujud pula krisis atau konfrontasi yang tidak sihat dan rakyat juga tidak akan
mempercayai saluran media massa lagi.
Kesimpulannya,
media massa menjadi jambatan penghubung antara rakyat dengan kerajaan untuk
berkongsi maklumat. Rakyat perlu bijak
dan berhemah semasa menggunakan saluran media.
Oleh itu, kita janganlah
menggunakan media massa untuk menyebarkan maklumat yang tidak betul.
No comments:
Post a Comment